IPOH: Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan mula beralih ke sektor perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Di Perak sahaja, lebih 30,000 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tahun lalu.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, bilangan itu hampir sama dengan 30,000 PMKS yang terpaksa menutup perniagaan.
“Kita semua sedia maklum, pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak 2020 yang lalu telah menjejaskan dengan teruk keseluruhan ekosistem ekonomi termasuk usahawan PMKS ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurutnya, sehingga 31 Julai 2022 sejumlah 153,401 syarikat enterprise, 26,311 Sdn. Bhd. dan 806 syarikat perkongsian terhad turut terkesan teruk dengan pandemik.
Katanya, bagi membolehkan usahawan PMKS ini dibantu dengan lebih bersepadu dan secara terancang, kerajaan negeri telah menubuhkan satu sekretariat khas.
Beliau berkata, sektetariat itu akan menyelaras, merancang, melaksana dan memantau semua program-program keusahawanan di Perak yang dilaksanakan oleh lebih 50 kementerian, jabatan, agensi, pihak berkuasa dan bank.
Dalam masa sama, ujarnya, sekretariat juga akan meningkatkan aspek pendigitalan usahawan dan koperasi di samping memperluaskan pasaran dan jenama usahawan dan koperasi di luar Perak dan peringkat antarabangsa.
“Fokus dan inisiatif ini juga adalah selaras dengan agenda yang telah ditetapkan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dan juga Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang telah dilancarkan di peringkat kerajaan persekutuan,” tambahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 04 2022
Zainol Fadzi berkata jumlah pendaftaran itu hampir sama dengan 30,000 PMKS yang terpaksa menutup perniagaan. - Gambar fail
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Kerjasama antara koperasi cipta peluang pendapatan kepada usahawan kecil - Ewon
Ia juga selaras dengan usaha kementerian itu membangunkan jaringan komunikasi antara pengusaha mikro, kecil dan sederhana.
Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS
MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama terutamanya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk PMKS.
Lebih 1,000 usahawan wanita terima manfaat hampir RM23 juta daripada SME Corp.
Daripada 555 peserta yang telah diluluskan geran perniagaan berjumlah RM10 juta, 280 daripadanya adalah belia wanita melibatkan geran berjumlah RM4.3 juta.
Go Niaga tawar teknologi NFC, 5G, perbankan patuh syariah kepada PMKS
Pengusaha PMKS kini boleh mengintegrasikan teknologi Near Field Communication (NFC) dan perkhidmatan perbankan patuh syariah dengan dikuasakan 5G, dalam perniagaan.
Indonesia sedia beri peluang PMKS Sabah pasar produk di Kalimantan Utara
Indonesia sedia memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah untuk memasarkan produk milik mereka ke kawasan Kalimantan Utara (Kaltara).
Peruntukan besar kepada usahawan rancakkan pembangunan PMKS - Ewon
Peruntukan pembiayaan yang besar oleh kerajaan kepada komuniti usahawan diyakini akan merancakkan lagi pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini.
MWC2024 dimanfaat dalam usaha pertingkat kadar penerima gunaan 5G negara - Fahmi
MWC2024 akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor PMKS.
SME Corp perkasakan PMKS dengan peruntukan RM134.6 juta bagi laksana inisiatif 2024
KUSKOP melalui agensinya, SME Corp Malaysia, kekal komited memperkasakan PMKS dengan peruntukan berjumlah RM134.6 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pada tahun 2024.